Imtiyaz Study Gateway

IMG_1319
IMTIYAZ STUDY GATEWAY

Tentang Kami

IMTIYAZ STUDY GATEWAY (ISG) adalah sebuah organisasi yang terbabit dalam konsultansi pelajar bagi memilih Institusi Pengajian Tinggi terbaik dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. ISG amat berdedikasi untuk memahami keperluan pelajar dan mencadangkan pilihan yang terbaik untuk memenuhi keperluan perbelanjaan dan cara hidup pelajar.

IMTIYAZ STUDY GATEWAY adalah organisasi konsultansi pendidikan utama dibantu oleh barisan perunding yang dinamik dan kreatif. Perunding-perunding dalam ISG mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam bidang ini. Kami mengamalkan kepelbagaian tugas dan kepakaran yang luas yang membolehkan kami menggabungkan kepakaran teknikal, pengetahuan pasaran dan kreativiti untuk mewujudkan satu pilihan terbaik dalam bidang pendidikan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Kepakaran kami adalah  memberikan Perkhidmatan Konsultansi Pendidikan Profesional terbaik yang membolehkan para pelanggan mendapatkan tempat di universiti dan juga memberikan maklumat terkini tanpa melibatkan kos yang tinggi. Kami memberikan perkhidmatan konsultansi dalam bidang Perubatan, Pergigian, Veterinar dan Farmasi di mana pihak kami akan membantu pelanggan melalui proses pendaftaran, penginapan, visa, penerbangan, dokumentasi dan pelbagai lagi.

Pihak pengurusan kami terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang konsultansi dan mempunyai rekod yang baik sebelum ini. Daripada pengalaman selama 16 tahun, kami  telah melalui pelbagai proses prosedur dari semua negara yang terpilih seperti Persekutuan Rusia, Bangladesh, Republik Indonesia dan Mesir. Dengan kekuatan ini, ISG yakin dapat memenuhi keperluan pelanggan kami yang pelbagai.

Pelanggan kami mempunyai satu hasrat yang sama iaitu ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, perkhidmatan kami telah disebarkan secara meluas kepada mereka yang berhasrat untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang perubatan, pergigian, veterinar dan farmasi.

IMTIYAZ STUDY GATEWAY akan membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian, veterinar dan farmasi tanpa perlu menghadapai masalah dari segi prosedur dan dokumentasi. Kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.

Buat masa ini, kami sedang mengendalikan kemasukan pelajar ke dalam institusi-institusi pengajian di Indonesia, Russia, Bangladesh dan Mesir dalam bidang perubatan, pergigian, veterinar dan farmasi. Sasaran kami adalah untuk memperbanyakkan lagi bilangan universiti yang ditawarkan demi memastikan pelajar yang berminat mendapat peluang yang lebih tinggi.

IMTIYAZ STUDY GATEWAY

PERKHIDMATAN KAMI

137cccc7-7479-4f81-a782-7eb0e553ed6c

KONSULTASI PERCUMA

Memberikan perkhidmatan konsultan pendidikan secara percuma dengan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai jurusan atau universiti yang terbaik dan sesuai untuk pelajar.

sdr_HDRB

MENDAPATKAN TEMPAT BELAJAR

Memastikan pelajar mendapat tempat dalam fakulti yang dipilih oleh pelajar di universiti yang dikehendaki dengan syarat pelajar tersebut melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

abt_3

PENGURUSAN DOKUMEN PENTING

Menguruskan semua dokumen antara negara sebagai keperluan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di luar negara.

abt_4

SILANG BUDAYA

Memastikan pelajar-pelajar memahami silang budaya antara negara.

abt_5

MEMUDAHKAN URUSAN BIROKRASI

Memudahkan urusan birokrasi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

cof

KONSULTANSI KERJAYA

Menyediakan konsultansi kerjaya sebagai persediaan menjadi seorang pengamal perubatan dan berbakti kepada masyarakat.

abt_7

MEMUDAHKAN URUSAN IMIGRESEN

Memudahkan urusan imigrasi antara negara dalam pengurusan visa pelajar, KITAS (untuk pelajar ke Indonesia) dan segala urusan imigresen antara negara.

rbt

KHIDMAT RUNDING CARA

Memudahkan urusan birokrasi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

cof

MEMUDAHKAN URUSAN PERJALANAN

Mengatur urusan penerbangan pelajar ke negara terbabit dan kemudahan pengangkutan bagasi pelajar dari lapangan terbang ke lokasi penginapan pelajar tersebut.

abt_10

Menguruskan sesi pendaftaran pelajar baru

Menguruskan urusan birokrasi untuk pendaftaran pelajar baru.

abt_11

MENYEDIAKAN PENGINAPAN

Memastikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan penginapan yang selesa dan berhampiran dengan tempat mereka menuntut.

KENAPA PILIH KAMI ?

CAJ PERKHIDMATAN YANG BERPATUTAN

Menyedari kos untuk menghantar pelajar keluar negara adalah tinggi, maka pihak syarikat telah mengenakan cas perkhidmatan yang minimum dan murah berbanding dengan cas perkhidmatan yang dikenakan oleh agensi penghantaran pelajar yang lain.

LOKASI PERNIAGAAN YANG STRATEGIK

Mengambil kira kepentingan logistik dan kemudahan pelanggan, ISG menjalankan operasinya di kawasan strategik. Lokasi Pejabat Urusan ISG adalah tidak terlalu sibuk dan mudah untuk pelanggan berkunjung ke pejabat apabila berurusan.

KONSULTAN PENDIDIKAN DI 4 NEGARA

Antara syarikat konsultan pendidikan TERBAIK dan TERAWAL di Malaysia yang menghantar pelajar ke Bangladesh, Russia, Indonesia dan Mesir dalam pengajian perubatan, pergigian, veterinar dan farmasi.

PROFESIONAL DAN KREDIBILITI

ISG mempunyai kemudahan pejabat yang lengkap untuk kemudahan konsultan pendidikan. ISG juga dibantu oleh pegawai yang berdedikasi. ISG amat mengutamakan tahap integriti dan ketelusan ketika berurusan dengan pelanggan dalam melaksanakan perniagaan.

KONSULTAN PENDIDIKAN KEPADA 20 UNIVERSITI

Mempunyai perjanjian persefahaman dengan 20 universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. ISG juga merancang untuk menambah bilangan universiti untuk membuka peluang yang lebih luas kepad a pelajar Malaysia.